
 |
 |
|
|
|
Thursday, November 19, 2009
Contoh Pemakanan Semasa Diet
Diet 1 (Berat kurang daripada 90kg) Jus Diet Mate 5 diambil sekali sehari dan pengambilan makanan hanya 1000kcal sehari.
|
MASA |
JENIS MAKANAN |
Kcal |
|
Sarapan |
Sebungkus nasi harga 50 sen atau satu pinggan kecil meehun atau 2 keping roti disapu marjerin @ mentega @ jem dan segelas air |
800kcal |
|
Tengahari |
Jus Mate 5 |
|
|
Makan Malam |
Sup Sayur / tomyam (mangkuk kecil) + sebiji buah + segelas air |
150kcal |
|
Minum Malam |
Secawan air dan sekeping biskut |
50kcal |
Keperluan tenaga anda yang selebihnya 1800Kcal didapati daripada pembakaran lemak oleh sel-sel yang diaktifkan oleh Jus Mate 5
Diet 2 (Berat lebih daripada 90kg) Jus Diet Mate 5 diambil 2 kali sehari dan pengambilan makanan hanya 800kcal sehari.
|
MASA |
JENIS MAKANAN |
Kcal |
|
Sarapan |
Sebungkus nasi harga 50 sen atau satu pinggan kecil meehun atau 2 keping roti disapu marjerin @ mentega @ jem dan segelas air |
600kcal |
|
Tengahari |
Jus Mate 5 |
|
|
Makan Malam |
Sup Sayur / tomyam (mangkuk kecil) + sebiji buah + segelas air |
150kcal |
|
Sebelum Tidur |
Jus Mate 5 |
50kca |
Keperluan tenaga anda yang selebihnya 1800Kcal didapati daripada pembakaran lemak oleh sel-sel yang diaktifkan oleh Jus Mate 5
Posted at 02:38 pm by Nenek Kebayan
Monday, November 16, 2009
cuti-cuti + Farish Isyraf + Jus Diet Mate5 + One Drop Perfume
baru balik dari Terengganu. Tengok Farish Isyraf yang tak berapa sihat. Baby tak cukup bulan memang mcm tu. Jenuh jugak aku buat kajian. Bertanya sana sini. Berat dia cuma 1.95kg mase keluar. Selepas 2 minggu dah jadi 2.2kg. Makchah kate semuanya akan ok. Berat dia akan bertambah. Lagipun dia kerap minum susu sejak seminggu ni. Tinggalkan Isyraf dengan hati yg berat sebab kenangkan Mama dia terkontang kanting sorang-sorang. Ade 2 minggu lagi sebelum dia balik sini Raye Haji nanti.
Ong Isyraf ni lekat kat aku. Sejak dia lahir semuanya makin menjadi-jadi. Bisnes aku menjadi. Semuanya terkawal rapi dan aku pun hepi. Darling pun outstation lagi. Pun sama jugak la balik nak Raye Haji nanti. Raye Haji ni memang kepulangan yang dinanti la. Aku tunggu 2 kepulangan. Darling dan Isyraf.
Aku baru je bershopping dan memanjakan diri dan bergembira bersama keluarga. Last week sebelum ke Terengganu, kami sekeluarga shopping kat Sunway Piramid. Selalu aku shopping dgn kawan atau dgn Darling je. Memang dah lame sangat kami sekeluarga dapat keluar sama-sama. Itu lebih bermakna dari handbag ELLE dan sling bag POLO yang aku beli :p
Belikan Isyraf baju dan bag nursery. Abah suruh Xaryna buat aqiqah+kenduri untuk Isyraf kat umah family dia je kat Terengganu. Kami cuma dapat bagi duit je untuk majlis tu. Tak dapat join the party dan tak dapat nak tolong lakukan persiapan apa-apa sebab dah takde mase lagi nak ke Terengganu dalam masa terdekat ni. Harap semuanya berjalan lancar kat sane Raye Haji ni.
Sementara aku pun akan sibuk dengan persiapan tunang Reen dan Zatul yang berlangsung tarikh dekat-dekat dalam bulan yang same tak lame lagi :-) hari ni aku cuti dan berehat. Jap lagi nak pegi mengurut dan kalo ade mase nak gi rebond rambut hehehe.. rushing jugak la sebab petang nanti nak kene jumpe supplier ambik stock. Untuk pengetahuan semua, aku jual produk kuruskan badan Jus Diet Mate 5 dan One Drop Perfume.

Jus Diet yg mengenyangkan dan buat korang tak perlu nak makan banyak. Try la 10 hari confirm turun berat badan. Aku dah cuba, that's why aku berani cakap. One Drop perfume yang dulu terdapat 8 botol perfume pelbagai brand sekarang ni dah ade set mini 4 botol sekotak. Lebih masyuk dari gaji yang aku dapat dari opis kot hahaha... dan aku dah buat pilihan terbaik dlm hidup aku :-)
Posted at 08:47 am by Nenek Kebayan
Tuesday, November 10, 2009
berseronok sakan di hujung minggu...
baru dapat gamboČ lepak Bukit Tinggi hujung minggu lepas. tak la lame sgt nunggu kali ni hehehe.. tp banyak tepat nak upload la plak. facebook dan selamat. myspace, friendster, fotopages, blog blom lagi. alahai... setelah puas kami berseronok, inilah hasilnye...




Posted at 02:00 pm by Nenek Kebayan
Sunday, November 08, 2009
Patchi, Ferrero Rocher dan Bukit Tinggi
aku baru bangun ni. dari petang td tido. pagi tadi bangun kul 6.20 pagi. sampai umah Reen kul 7 pagi pastu kami breakfast kat Bukit Jelutong. Pastu bertolak ke Bukit Tinggi dan sampai sane kul 9 pagi. Kami berseronok di De Colmar dan Japanese Village. Ini kali ke-5 aku ke Bukit Tinggi :p Sekali pegi ngan Acik. Pastu gi ngan Family aku. sekali gi berdua. sekali lagi gi ngan budak-budak opis lame dulu. Pastu kali ni gi ngan Reen, Faizi, Kiki dan Cekna. Gambo-gambo tak upload lagi tapi kali ni aku bukan nak citer pasal Bukit Tinggi. Aku nak citer pasal coklat sedap yang Reen bagi ni kehkehkeh...

tengok gambo je pun dah tau sedap kan? hahaha jangan stress. ade banyak lagi Reen bagi ni. Ferrero Rocher pun ade ni kehkeh.. Aku tengah lapar ni. Petang tadi keletihan balik dari Bukit Tinggi. Aku tido sampai kul 2 pagi. Ni aku bangun lapor gile ni. Aku makan coklat je pastu buat nescafe panas. Lepas hooray-hooray katfesbuk, tulis blog, aku rase aku nak sambung tido la. Nanti-nanti jelah aku upload gambo eh? hiks.. bye!
p/s : oh ye. boy dah sampai dari ganu. sian dia takleh tido teringat anak dia yang baru kuar wad sebab demam kuning. mesti dia teringatkan bini dia sorang-sorang dalam pantang kene jaga baby :-( tak sabo nak pegi ganu raya haji ni...
Posted at 03:31 am by Nenek Kebayan
Wednesday, November 04, 2009
kawan-kawan, hari ni saye boring dan agak takde mood. saye rase nak nangis dan jiwa saya meracau dan kacau. saye mencik! rase nak meludah merata-rata. rase nak terjun dari tingkat 8. rase nak balik rumah sekarang jugak! itu saja untuk kali ini. terima kasih.
Posted at 01:05 pm by Nenek Kebayan
Monday, November 02, 2009
ini dia Farish Isyraf kami...
Farish Isyraf
Ni la anak sedara aku. gambo ni Boy MMS je. gambo smua tak bape jelas maklom la ambik gambo pakai enpon murah dia tu thehehe. Mak aku tengok gambo ni berkali-kali. Mak aku dah tergedik-gedik nak pegi sane. Tapi kene tunggu 2-3 minggu lagi, Raya Haji ni kami semua akan beraya di Terengganu, mungkin kat rumah makngah sebab nak tengok Farish Isyraf dan nak bawak dia balik KL sekali. Sian mak aku asyik ckp nak gi sane je tengok cucu sulong dia. Tapi Boy dah nak balik KL, 2 hari lagi dia dah start keje. So, nanti nak ambik adik ipar aku ngan Isyraf balik KL Aidiladha ni baru la kami sekeluarga beraya kat sane. Mak aku kene la sabar 23 hari je lagi :p Aku pun tak sabar gak benonye hiks! Semua orang excited... macam tuan muda Imran la dulu, keje tido je dia hihihi. so, boy skang ni tengah gigih ketar-ketar dukung anak, belajar cibuk dan tukar pampers hahaha! rasekan!
Posted at 11:05 pm by Nenek Kebayan
besdei Abah 1 Nov tapi kami celebrate awal sehari sebab 3 in 1 punye celebration. 2minggu lepas 19 Oct besdei Mak tapi mak pegi bercuti, takde kat sini. Dan 31 Oct special day sebab kami sekeluarga dapat orang baru dalam keluarga kami, anak Boy dan Pap selamat dilahirkan pada 31 Oct jam 4.30 petang di Hospital Besar Kuala Terengganu. So, Abah dan Mak dah jadi Atok dan Nenek kehekeh...



ini dia Grandma, Grandpa, Cik Eton, Auntie Jessie, Uncle Fez dan Uncle Ayie sedang bergembira. Selain selebrate besdei Abah, belated besdei Mak, kami juga sambut orang baru dalam keluarga kami Mohd Farish Isyraf yang lahir pada 31 Oct 2009.
Posted at 02:45 am by Nenek Kebayan
hujung minggu + lepak + dah jadi auntie + besdei Abah
hi. hujung minggu berlalu dgn sgt cepat. malam sabtu lepak dengan Reen, Darling n Kiki kat Oldtown. Borak-borak sampai penat pastu balik. Malam minggu celebrate birthday Abah kat Oldtown lagi. Sebenarnya aku nak bawak family dinner kat Bale@13 tu tapi hujan plak. situ takde bumbung, beratap rumbia dan bile hujan je dorang takleh meniaga. kesian kan? Malam tadi lepak lagi kat port kegemaran, Qaseh ngan Darling, Reen, Kiki, Cekna n Abg Reza. Borak-borak kosong je sambil plan nak gi Bukit Tinggi hujung minggu depan celebrate besdei Faizi.
Oh ye, petang semalam, adik ipar aku selamat melahirkan baby boy. Mohd Farish Isyraf kat Hospital Besar Kuala Terengganu. Sebenarnya dia baru je 8 bulan dalam perut tapi adik ipar aku ade asid dalam darah n tekanan darah dia pun tinggi kantoi mase check up. So dia dibawa ke Hospital Besar menaiki ambulance. Adik ipar aku saje lepak balik Dungu, kebetulan mak dia datang sini sebab adik dia Afzan konvo minggu lepas. So, dia ikut balik sane sekali lepak-lepak.
Gelabah adik aku, Boy cabut ke Kuala Terengganu sebab bini dia problem macam-macam. Doktor buat macam-macam nak kasi dia bersalin awal. Masuk ubat tu, masuk ubat ni. 2 hari dia kat hospital bergelut ngan sakit tapi masik takleh beranak lagi. Hari ketiga akhirnya dia berjaya melahirkan baby boy yang kami tunggu-tunggu. Baby sihat, cuma kecik sikit la 1.95kg. Baby dah boleh keluar, mak dia je yang tak keluar-keluar lagi sebab lepas bersalin tu, tekanan darah masih tinggi.
Isk macam-macam. aku naik takut dan mula pk macam-macam. Terfikir gak pasal diri sendiri. Aku memang serious tak bersedia lagi. Tapi sebab aku dah ade anak sedara ni, kerap jugak la aku jadi bahan. Asyik tanye aku bile lagi? Agak penat jugak nak jawab. Bukan dengan semua orang aku leh terus terang cakap aku tak nak anak, kadang kene jugak jawab lom ade rezeki pada org-org tertentu. Bagi family aku, diorang dah tau yang aku tak nak. Family darling pun tau. Tapi org-org luar la yang aku tak larat nak handle. kawan-kawan terdekat dah tau, so smua tu jadi mainan kami je. cuma org-org yang serious ingat aku takde anak sebab problem dalaman je la yg sungguh-sungguh nak bawak aku pegi urut la, suruh makan tu la. suruh makan ni la. suruh ambik anak angkat dulu, pastu baru akan lekat mengandung la. macam-macam... anak angkat? anak sendiri pun aku tolak mentah-mentah. inikan plak nak angkat anak org lain muahaha...
dapat MMS dari Boy hantar pic anak dia, tapi gambo kecik dan tak jelas sebab cuma ambik guna handphone je, so nanti la kalo aku dapat ambik sendiri gambo anak sedara aku tu baru aku upload :p tadi pun mak abah lepak umah tuan muda. tuan muda dah boleh duduk. dah boleh berdiri dan jalan slow-slow, tapi kene pimpin la. Rindu kat dia.. tapi ape boleh buat kan. Esok aku keje ni tapi dah nak dekat kul 4 pagi aku takleh tido lagi. Sebab siang tadi aku asyik tido je kehkehkeh. Harap-harap esok takde perkara sial la kat opis.
Posted at 02:27 am by Nenek Kebayan
Friday, October 30, 2009
perkara pelik sedang berlaku
aik! tadi aku dah update. kat list ade entry tu tapi refresh takde plak.magic ni. ape yg tak kene? make public dah click. publish entry pun dah click. apsal ha?
Posted at 02:26 am by Nenek Kebayan
bukan senang nak buat keputusan dalam kehidupan
hari ni aku mc. bebuat mc benonye. sebab aku nak gi interview. aku hantar darling kul 12 kat Qaseh pastu aku lunch kat oldtown ngan Zulia & Jaja. Pastu aku balik bersiap gi interview kat sebuah training centre Kota Kemuning. Perjalanan 15 minit dari rumah. Menghampakan sebab rupenye dia nak cari instuctor untuk course Excel Advanced. Memang aku ade sijil tu tapi benonye aku tak bape advanced. lagi-lagi la nak mengajar foreigner. Seram... gaji sedap kalo aku cover semua subject Excel tu dari beginner, intermediate sampai advanced aku akan dibayar $2880 seminggu. Kire la kalo (4 minggu) sebulan bape? Fuh... mengeluh panjang aku sebab tak brani nak ambik risiko tu.
Pastu aku balik umah bersantai-santai di fesbuk, hantar abah gi bengkel ambik kete boy. Boy nak balik kg bini dia sebab adik ipor aku tu da nak terberanak kalo tak malam ni esok ar kot sebab dia da sakit-sakit perut memulas da tu katenye. Pastu aku lepak ngan Reen kat mc'd 26 sebab jem nak mampos Reen malas nak redah jem lame-lame. Pastu sambung lagi lepak Qaseh ngan Poshe, Azhar sebab nak ambik darling baru sampai dari Selayang. Dorang pun mangsa jem gak muahaha...
Esok aku kene gi keje. Huh! Bosan mengenangkan opis yg ade alien tu. Rase nak ludah-ludah je. Sesambil aku layan projek luar ni, aku memang dah rase bosan nak mampos kene keje. Tapi kalo tak keje pon aku bosan nak mampos jugak. Aku ni memang haprak tak penah puas dengan apa yang Allah bagi. Tapi ape salahnya aku nak lebih sikit kan? walaupun apa yang ada dah memadai, tapi aku nak la pegi London, pakai BMW, shopping seribu ringgit sehari :p dan buat ape yang aku suke. paling aku suke lepak la. lepak takyah pk pasal keje kehkeh! tapi skang ni aku takleh lepak kosong. lepak mesti ade sebab dan mesti mendatangkan duit $$$$. sungguh mata duitan kan.
kalo boleh aku nak everyday is payday. selang dua tiga hari payday pun takpe. it's all about money. aku akan mati gile sebab duit ni aku rase tak lama lagi hahaha! tapi takpe aku akan usahakan ape yang aku tengah buat skang ni. aku akan teruskan walaupun ada bantahan, kutukan, hinaan, dan tanpa sokongan. aku buat sendiri dan aku akan buat jugak. sampai satu tahap orang tanya apa aku buat, baru aku bukak citer kehkeh! skang ni takpe, skang ni orang leh sinis aku kaw-kaw. dan aku kene mula pilih kawan yang matang dan berfikiran luas serta maju kehadapan. aku akan jauhkan diri dari kawa-kawan yang merosakkan dan rajin kondem-kondem orang. sedara mara pun camtu jugak la (thehehe mati la kalo sedara mara bace nih thehehe)...
btw, berbalik pada rutin harian, esok pagi aku akan pegi keje, siapkan report seperti biase untuk meeting next monday. kire collection dan layan ceramah boss serta layan karenah alien kat opis. sungguh haprak dan menjengkelkan. nak ludah! nak ludah! dan satu lagi, aku tak sabo nak gi bercuti 7 Nov ni ngan darling, Reen, Faizi. kalo tak gi melaka, aku akan ke bukit tinggi. Japanese village again. Yeay! Cakap pasal melaka, aku dah terima maklum balas dari kementerian pelancongan negeri melaka yang mintak maaf pasal aduan aku tentang pulau besar ari tu dan dorang bersedia bayar ganti rugi. aku tak harap sagat ganti rugi tu, tapi aku dah puas hati dengan cara dorang uruskan aduan. itu dah memadai.
Posted at 02:25 am by Nenek Kebayan
|
|

|
|
|

Selamat Datang ke Blog Aku.
Segalanya Tentang Hati.
Marah, Benci, Sayang, Gembira, Rindu, Sengal, Bunguks, Merepek, Suka Dan Duka Serta Ape-Ape Aje La Perasaan Dalam Kehidupan Harian Akan Di Catatkan Disini Untuk Bacaan Diri Sendiri.
Panggil Aku Farah.
Aku Adalah Seorang Gadis Pengelap Habuk!
Nak Tengok Ape Yang Selalu Aku Lap,
Sila Ke Farah Beauty Station
atau Jenguk-Jenguk La Ke Satu Tempat Dimana Aku Mengabadikan Detik Indah di Fotopages aku.
Aku Berusia 26 Tahun (2009) dan telah 5 tahun bergelar Isteri Kepada Fezal.
Kami Sama-Sama Menikmati Kehidupan.
Dan Membesar Bersama.
Sebagai Seorang Pengelap Habuk, Rutin Harian Aku Sanga Sibuk.
Dan Tak Tentu Masa!
Selain Dari Membaca Dan Menulis, Aku Juga Sedang Sibuk Mencipta Lagu.
Fokus Kepada Impian 2009
Aku Ingin Memiliki Sebuah SPA.
SPECIAL LINK
Morning Glory's Fotopages
Farah Beauty Station
Jessieca Nur Hanis

 Click Here! Farah Beauty Station

E-mail me :
farahoneys@gmail.com
|